Terima Kasih Kerana Mengunjungi Laman Web Penawar Malaysia. Laman Web ini di bina bagi memasarkan produk Penawar Industries Sdn Bhd (414528-X/ AJL 931013) secara E-Catalog.

Penawar Industries Sdn Bhd  telah  di tubuhkan oleh Tuan Haji Shuib bin Mohd Isa dan di jalankan secara Pasaran Berbilang Tingkat atau “Multi Level Marketing” (MLM) yang  menawarkan pelbagai jenis  produk seperti Produk Gamat / Kesihatan, Kosmetik, Ubatan Herba, Minyak dan Balsam untuk kegunaan harian. 

Penawar Industries Sdn Bhd juga berbesar hati mengajak anda menjadi salah seorang ahli keluarga Penawar  sama ada sebagai pengguna, pengedar/ahli atau stokis untuk sama-sama menikmati keuntungan dan kebaikan barangan keluaran Penawar.

Anda juga di jemput untuk menjadi ahli group Penawar Malaysia di http://groups.yahoo.com/group/penawar_malaysia bertujuan  untuk bertukar-tukar pendapat atau cadangan sesama ahli group/pembaca.

Subscribe to PENAWAR_MALAYSIA
Powered by finance.groups.yahoo.com

 


KATA-KATA ALUAN PENGURUS BESAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber tumbuhan semulajadi yang berubat. Ribuan spesis telah dikaji dan di buktikan mempunyai unsur-unsur perubatan yang boleh memyembuhkan pelbagai jenis penyakit oleh cerdikpandai-cerdikpandai Malaysia dan dari luar negara. Di samping itu pula terdapat sejumlah hidupan marin yang mempunyai khasiat untuk memberikan kesihatan tubuh dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Pada masa dahulu hanya bomoh, dukun, bidan atau yang sepertinya sahaja yang mempunyai pengetahuan mengenai jenis-jenis tumbuhan yang boleh dibuat ubat. Pengubat-pengubat tradisional ini memperolehi pengetahuan mereka secara keturunan atau pembelajaran yang lebih bersifat tradisional. Amat jarang daripada pengetahuan mereka ini yang dibukukan atau ditulis untuk dijadikan rujukan kepada generasi akan datang, sebaliknya kebanyakkan daripada pengetahuan mereka ini adalah dalam bentuk ingatan.

Dengan mempunyai kilang ubat Tradisional bertaraf Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice), Penawar Industries Sdn Bhd berupaya mengeluarkan ubat-ubat bermutu tinggi dengan kebersihan yang terjamin dan selamat digunakan. Ianya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia dan diakui oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO).

Syarikat juga mempunyai kakitangan berpengalaman dan terlatih didalam bidang pengeluaran ubat-ubatan tradisional. Selain itu syarikat juga sering diberi tunjuk ajar oleh pakar-pakar dari Universiti Sains Malaysia, Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Malaysian Herbal Corporation dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di atas dasar ini dasar kawalan kualiti terbaik dan keberkesanan produk maka Penawar Industries Sdn Bhd merintis jalan untuk menawarkan produk-produk semulajadi dari sumber hutan dan lautan Malaysia kepada tuan puan.

Saya berserta seluruh warga kerja ingin mendoakan kita sama-sama berjaya mengharungi langkah sebagai usahawan-usahawan zaman ini. Zaman yang penuh dengan onak ranjau dan duri persaingan.

SHUIB MOHD ISA

Pengurus Besar

Penawar Industries Sdn Bhd

Penawar Manufacturing Sdn Bhd

Rojam Industries Sdn Bhd

 

 

KEJAYAAN KITA KECAPI BERSAMA


E-mail: PENAWAR MALAYSIA

Copyright © 2005 FLASH COMPUTER CENTRE

All Right Reserved

 

Home, Senarai Produk, Cadangan Produk, Daftar Ahli, Produk Kesihatan,

Produk Kosmetik, Produk Minyak & Balsam, Produk Ubatan Herba